Selasa, 5 Oktober 2010
al-fatehah - arwah makcik kamariah
salam sejahtera semua, su kembali setelah sekian lama menyepi di laman ini......ahad 3/10/2010, 8.30 mlm selepas isyak di hospital pusrawi, kl, makcik yang kami hormati lg sayangi telah kembali ke rahmatullah....beliau yang sebelum ni sihat walafiat, tiba2 jatuh dan terus koma pada sehari sebelum kematian, tanpa meninggal pesan kpd anak2 mahupun saudara mara. Ibu tunggal kepada 4 orang sepupu kami ini yang sedang menyiapkan juadah rumah terbuka di rumahnya di tingkat 6, flat setiawangsa, kl, tidak sempat berbuat apa2. Menurut doktor yang merawatnya, tekanan darah telah mencecah maksimum 300 yang telah membuatkan arwah mati sebelah badan dan terpaksa dirawat di ICU hospital tersebut. Suasana di icu sangat syahdu dgn suara ayat2 suci alquran sebaik saje su dan suami tiba petang ahad tersebut. Fairuz anak perempuan (ke-2) sedang membaca surah yasin sambil airmata berlenangan dgn kehadiran sanak saudara dekat dan jauh yang turut terkejut dgn kejadian yg menimpa arwah. Takdir telah ditentukan, allah lebih sayangkn dia, maka kami akur dgn ketentuanNYA.....al fatehah.
